Timba Pengalaman China Perangi COVID-19

2021-08-14 14:46:15  CRI
Share with:

Timba Pengalaman China Perangi COVID-19_fororder_1628846022597_784_2048x1218

Projek bantuan di bawah Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan, "menimba pengalaman China, tingkatkan kemampuan Asia Pasifik dalam menangani wabak COVID-19" dilancarkan di Manila, ibu negara Filipina pada Jumaat.

Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian berkata, China dan Filipina berganding bahu memerangi wabak COVID-19. Setakat ini, China telah memberi bantuan kepada negara itu seperti menghulurkan bantuan vaksin, menghantar kumpulan pakar perubatan serta memberikan barang pencegahan dan kawalan wabak.

Huang mengatakan bahawa sistem kesihatan di negara-negara membangun menghadapi tekanan yang amat besar pada masa ini, khususnya dalam mengendalikan sisa perubatan. Di bawah projek bantuan ini, pihak-pihak berkaitan akan menghulurkan kemudahan dan peralatan pengendalian sisa perubatan kepada Filipina selain menawarkan kursus latihan kepada negara itu.

Beliau berharap projek bantuan ini dapat membantu Filipina meningkatkan kemampuan pengurusan sisa perubatan, agar menangani wabak dengan lebih berkesan.

Menteri Kesihatan Filipina, Francisco Duque berkata, sistem kesihatan Filipina menghadapi tekanan kian besar berikutan penularan COVID-19 di negara itu. Dalam saat sukar ini, kerajaan China dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menghulurkan bantuan, berkongsi teknologi dan pengalaman bagi membantu Filipina memerangai wabak. Pihaknya merakamkan rasa terima kasih kepada China dan UNDP.

Wakil UNDP ke Filipina, Ramachandran menyatakan bahawa projek ini akan membantu Filipina membaiki sistem pengurusan sisa perubatan serta meningkatkan kemampuan menghadapi wabak. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongan dan sumbangannya dalam projek ini.

覃淼