304 Maut Gempa di Haiti

2021-08-15 15:33:56  CRI
Share with:

Menurut maklumat Rangkaian Seismos China, gempa bumi bermagnitud 7.3 berlaku di Haiti pada pukul 7.29 pagi 14 Ogos waktu tempatan (pukul 8.20 malam waktu Kuala Lumpur). Setakat pukul 7.30 pagi ini waktu Kuala Lumpur, bencana kali ini telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 304 orang maut dan lebih 1,800 lagi cedera.

Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam akaun media sosialnya menyatakan, pihaknya memberikan perhatian tinggi terhadap bencana di Haiti dan menyampaikan duka cita kepada mangsa. PBB akan memberikan sokongan kepada operasi menyelamat di negara itu.

徐国玮