Xi: China Ingin Lonjak Hubungan China-Korea Selatan

2021-08-15 14:13:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in sempena sambutan ulang tahun ke-73 penubuhan kerajaan republik itu hari ini.

Xi menyatakan bahawa China dan Korea Selatan ialah negara jiran yang bersahabat. Hubungan kedua-dua negara berkembang baik khususnya pada beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sejak tercetus wabak COVID-19, kedua-dua negara ini bergabung tenaga memerangi wabak, dan turut melakar hasil cemerlang dalam kerjasama pelbagai sektor.

Tahun ini dan tahun depan ialah tahun pertukaran budaya China-Korea Selatan, manakala tahun depan juga ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Korea Selatan.

Xi menegaskan bahawa China mementingkan hubungan dengan Korea Selatan dan bersedia berusaha bersama dengan negara itu melonjakkan hubungan dua hala ke satu tahap lebih tinggi hingga memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, sekali gus memberikan sumbangan kepada ketenteraman dan kemakmuran serantau.

覃淼