China Terajui Jumlah Sumbangan Vaksin

2021-08-16 13:36:28  CRI
Share with:

Agensi media Associated Press (AP) pada Ahad melaporkan bahawa statistik sumbangan dan pengagihan vaksin COVID-19 ke serata dunia oleh China jelas mendahului negara lain.

Jelas laporan itu lagi, jumlah agihan vaksin oleh negara lain turut tidak seperti yang dijanjikan, manakala China pula merupakan satu-satunya negara berpegang pada komitmen diutarakannya.

Dalam pada itu, AP turut memetik ucapan ahli epidemiologi dari Nigeria, Christian Happi yang menyebut bahawa sumbangan vaksin dari negara maju tidak mencukupi dan terjamin.

"Mereka bukan sahaja memperoleh kebanyakan vaksin di dunia, malah sedang meneruskan pemvaksinan penggalak kepada warganya," ujar Happi lagi.

Menurut AP, Wakil Kanan Kesatuan Eropah (​EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Jose Borrell menyifatkan  kemunduran EU dalam konteks sumbangan vaksin dianggap kegagalan jika dibandingkan dengan China.

Selain itu, laporan AP tersebut juga mendedahkan tatkala negara-negara maju memiliki jumlah vaksin yang mencukupi, negara membangun seperti Venezuela, Haiti dan Syria pula kekurangan vaksin.

Lapor AP lagi, Pengkaji akses perubatan dari  Northeastern University Amerika Syarikat iaitu Profesor Brook Baker pula menganggap pembekalan vaksin melalui Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global (COVAX) juga sebagai tidak adil.

Kata Brooke, ia berikutan lebih 90 buah negara membangun tidak mendapat vaksin ketika negara maju menjalankan pembekalan vaksin melalui COVAX.

Menurut beliau, negara maju dilihat sedang mendapatkan kepentingan geopolitik melalui perkongsian bilateral vaksin.

张宪