China: Industri Pembinaan Kapal Saksi Pertumbuhan Pesat

2021-08-16 13:23:38  CRI
Share with:

Industri pembinaan kapal China merekodkan pertumbuhan pesat sepanjang setengah tahun pertama 2021.

Menurut data statistik dari Persatuan Industri Pembinaan Kapal Nasional China, pada suku pertama tahun ini, pembina kapal China telah menerima pesanan 13 kapal baharu yang mampu memuatkan 16,000 kontena diikuti dengan 22 pembawa kontena ultra-besar.

Dimaklumkan lagi, untuk tempoh Januari hingga Jun, jumlah perdagangan dalam industri terbabit mencapai 74.97 juta tan berat mati (dwt), iaitu menaik 222 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Selain itu, pesanan kapal yang diterima oleh pembina kapal China dilaporkan meliputi 51 peratus daripada pembinaan baharu seluruh dunia, dengan jumlah bulanan mencatat 6.37 juta dwt, iaitu 1.8 kali ganda daripada setengah tahun pertama 2020.

Sementara itu, output pembinaan kapal pula direkodkan sebanyak 20.92 juta dwt, meningkat 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus mendahului pasaran global.

Di samping itu, China juga menyaksikan pertumbuhan pembinaan kapal taraf tinggi dan kapal nilai tambahan, seperti kapal latihan penyelidikan maritim, Zhong Shan Da Xue yang dibangunkan Universiti Sun Yat-sen, dan feri ROPAX “Badji Mokhtar III” yang dikeluarkan untuk Algeria.

Untuk rekod, pembinaan kapal di tiga pangkalan China yang terletak di Lingkar Bohai, Sungai Yangtze dan Muara Sungai Mutiara sedang dijalankan secara menyeluruh.

高蕾