Xi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-76 Republik Indonesia

2021-08-17 12:42:12  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan republik itu hari ini.

Xi menyatakan Indonesia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan negara sepanjang 76 tahun lalu, di samping menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau malah seluruh dunia.

Persahabatan antara China dan Indonesia bertambah kukuh apabila kedua-dua negara berganding bahu melawan wabak COVID-19, mendorong pemulihan sosioekonomi dan menggalakkan keadilan antarabangsa.

Beliau turut menyuarakan kesediaan untuk bersama-sama Presiden Jokowi melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Indonesia ke tahap baharu demi manfaat rakyat.

Perdana Menteri Li Keqiang dalam perutusan tahniahnya pula berkata, China mahu bergabung tenaga dengan Indonesia untuk mempertingkat penyelarasan strategi pembangunan sambil memperluas kerjasama pragmatik melibatkan pelbagai bidang.

董筱娉