Kontena Perdagangan Luar di Darat-Laut Barat China Tambah 50% pada Tujuh Bulan Pertama

2021-08-17 12:46:17  CRI
Share with:

Daya pemprosesan kontena perdagangan luar menerusi rel-laut di Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China mencapai 64,000 TEU pada tujuh bulan pertama 2021.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 55 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Pada mutakhir ini juga, difahamkan alat ganti dan produk kimia seberat 1,300 tan yang dibekalkan kepada Vietnam dan Thailand turut dimuatkan ke dalam laluan kontena rel-laut tersebut.

Untuk memastikan kecepatan proses kelulusan kastam di koridor berkenaan dan menjamin kecekapan operasi pengangkutan sistem rel-laut, Pelabuhan Qinzhou turut memperkenalkan sistem kawalan pintar.

Dengan sistem itu, pemvisualan maklumat terhadap kawasan operasi kontena dapat direalisasikan, manakala kemudahan penghantaran turut diperbaiki.

Untuk rekod, Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China adalah laluan perdagangan dan logistik yang dibina bersama oleh provinsi di barat China dan Singapura.

Dimaklumkan lagi, empat kereta api akan dihantar dari koridor tersebut pada setiap bulan untuk disambung dengan Ekspres Kereta Api China-Eropah, sekali gus memperluas hubungan perdagangan antara China dengan 10 negara di Asia Tenggara.

高蕾