Punca COVID-19: Fasa Siasatan Lanjut Perlu Didominasi Anggota WHO

2021-08-17 12:14:45  CRI
Share with:

Fasa siasatan lanjut mengenai asal usul COVID-19 perlu didominasi negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kata Kementerian Luar China.

Jurucakapnya, Hua Chunying semasa taklimat harian pada Isnin, sekali lagi mengulangi pendirian Beijing bahawa pelan pelaksanaan berkenaan memerlukan perbincangan rapi membabitkan semua pihak.

Terdahulu, Sekretariat WHO menerusi satu kenyataan menekankan peri perlunya cadangan daripada kesimpulan laporan fasa pertama dilaksanakan ketika fasa kedua dilangsungkan.

Kenyataan itu juga mengingatkan bahawa kerja mencari punca patogen harus dilakukan secara saintifik, dan tidak boleh dijadikan percaturan politik.

Untuk itu, Hua turut membalas dengan mengatakan bahawa sekretariat tersebut perlu melakukan perbincangan luas dengan semua anggota berhubung pelan siasatan dan tindakan selanjutnya untuk memastikan kolaborasi berjalan lancar.

董筱娉