China Kekal Destinasi Tumpuan Pelaburan Asing

2021-08-17 12:49:50  CRI
Share with:

China Kekal Destinasi Tumpuan Pelaburan Asing_fororder_微信图片_20210817124317

China berjaya mengekalkan sttatusnya sebagai destinasi tumpuan bagi pelaburan asing berikutan persekitaran pasaran yang stabil di sebalik situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia.

Pada Isnin, Kementerian Perdagangan China mengeluarkan statistik yang menunjukkan pelaburan asing digunakan oleh China pada tujuh bulan pertama tahun ini meningkat 25.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencecah RMB672.19 bilion (RM439.88 bilion).

Daripada angka tersebut, pelaburan asing yang digunakan dalam sektor industri perkhidmatan meningkat 29.2 peratus kepada RMB535 bilion (RM350 bilion), iaitu menghampiri 80 peratus jumlah penggunaan pelaburan asing di negara ini.

China Kekal Destinasi Tumpuan Pelaburan Asing_fororder_微信图片_20210817124339

Sementara itu, jumlah pelaburan dari negara ASEAN dan negara-negara yang terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pula dilaporkan meningkat lebih 46 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, laporan separuh tahun pertama beberapa syarikat transnasional Eropah juga merekodkan peningkatan perniagaan di pasaran China dari bidang kenderaan hingga barang-barang kegunaan harian.

Ahli Lembaga Pengurusan merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover di China, Pan Qing  turut menyifatkan China sebagai “pasaran yang tidak dapat digantikan.”  

Seiring dengan peningkatan kerjasama antara China dengan Eropah dalam bidang ekonomi dan perdagangan, permintaan pasaran yang kuat dipercayai akan menarik lebih banyak syarikat Eropah meningkatkan pelaburan untuk menembusi pasaran China. 

China Kekal Destinasi Tumpuan Pelaburan Asing_fororder_微信图片_20210817124330

曹捷