Eskpo di Hong Kong Tarik 370 Ribu Pengunjung

2021-08-17 12:57:10  CRI
Share with:

Eskpo di Hong Kong Tarik 370 Ribu Pengunjung_fororder_1629164148913_867_708x513

Lima pameran anjuran Jabatan Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) secara rasminya melabuhkan tirai pada Isnin dengan penyertaan lebih 900 pempamer dan 370 ribu pengunjung.

Difahamkan, kelima-lima pameran tersebut adalah Ekspo Makanan Enak ke-31, Pameran Wain Antarabangsa Hong Kong, Pameran Teh Antarabangsa Hong Kong, Ekspo Perkakas - Barang Harian Rumah dan Ekspo Kecantikan dan Kesihatan.

Menurut Naib Pengarah HKTDC, Zhou Qiliang, meskipun sesi uji rasa makanan tiada untuk ekspo-ekspo tahun ini, namun penduduk Hong Kong masih bersemangat untuk membeli-belah dan menggunakan kupon penggunaan digital secara aktif.

Untuk rekod, dicatatkan lebih 80 peratus pempamer menerima pembayaran kupon penggunaan digital, manakala tinjauan ke atas individu pula mendapati hampir 80 peratus pernah menggunakan kaedah pembayaran digital, sementara lebih separuh individu pula menggunakan kupon pengguna.

Selain membeli-belah secara fizikal, hampir 200 sidang perbincangan perniagaan secara dalam talian juga dianjurkan sempena tempoh berlangsungnya ekspo berkenaan.

张宪