Moratorium Perikanan Tamat, Kapal Nelayan Mula Beroperasi di LCS

2021-08-17 12:11:52  CRI
Share with:

Moratorium Perikanan Tamat, Kapal Nelayan Mula Beroperasi  di LCS_fororder_1127766674_16291610472911n

Setelah tempoh larangan menangkap ikan musim panas selama lebih tiga bulan di Laut China Selatan (LCS) pada Isnin, ratusan kapal nelayan dilihat kembali berlayar di kawasan itu.

Bagi nelayan di Provinsi Guangdong, selatan China, masing-masing sudah kelihatan sudah bersiap-sedia lebih awal dan hanya menunggu detik pukul 12 tengah malam, iaitu tempoh rasmi bermulanya musim menangkap ikan.

Salah seorang daripadanya iaitu Chen Zuowu berkata, antara persediaan oleh para nelayan sebelum berlayar adalah termasuk memperbaiki jala, menyempurnakan mesin dan mengisi minyak kapal secukupnya.

Dalam pada itu, dimaklumkan bahawa aktiviti meraikan bermulanya musim menangkap ikan telah dibatalkan untuk mengelakkan perhimpunan besar-besaran susulan berlakunya gelombang baharu wabak COVID-19.

Moratorium Perikanan Tamat, Kapal Nelayan Mula Beroperasi  di LCS_fororder_1127766674_16291610473531n

Serentak itu, langkah pencegahan wabak telah diambil dengan ketat untuk melindungi keselamatan nelayan.

Menurut pihak berkuasa, hanya nelayan yang telah menerima suntikan vaksin dibenarkan menaiki kapal untuk berlayar.

Selain itu, para nelayan turut dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu badan serta ujian asid nukleik di pusat pemeriksaan sementara yang terletak di pelabuhan sebelum bertolak.

Untuk rekod, larangan penangkapan ikan yang bermula dari 1 Mei, meliputi kawasan perairan utara LCS dari 12 darjah lintang utara.

China mula melaksanakan larangan penangkapan ikan tahunan di LCS sejak tahun 1999, sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan pembangunan perikanan laut yang mampan dan memperbaiki ekologi laut.

曹捷