Mesyuarat Tergempar UNSC Bincang Isu Afghanistan

2021-08-17 15:02:09  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru semua pihak terlibat termasuk Taliban kekal bertenang untuk melindungi rakyat jelata dan memastikan keperluan kemanusiaan di Afghanistan dapat dipenuhi.

Seruan itu dibuat semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Afghanistan yang berlangsung di New York pada Isnin.

Dalam pada itu, Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang menyatakan penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan keluar bagi isu Afghanistan.

Katanya,  situasi kemanusiaan di Afghanistan amat teruk dewasa ini. Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan bantuan kemanusiaan terhadap Afghanistan serta jirannya yang menerima ramai penduduk negara itu  bagi meredakan krisis kemanusiaan serantau.

Geng turut menegaskan, Afghanistan tidak boleh menjadi syurga pengganas sekali lagi.

梁靓