China Sedia Sumbang Usaha Damai Afghanistan

2021-08-18 11:09:49  CRI
Share with:

China akan mengekalkan komunikasi rapat dengan semua pihak terlibat bagi mendorong penamatan perang di Afghanistan seawal mungkin dan mewujudkan kedamaian yang berkekalan di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam taklimat media semalam berkata, China menggalakkan Taliban mengamalkan dasar keagamaan sederhana, di samping membentuk kerangka politik yang terbuka dan inklusif menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak serta melaksanakan dasar luar yang bersahabat.

Beliau juga menggesa Taliban supaya membanteras kumpulan pengganas termasuk Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM) dan mencegah Afghanistan sekali lagi menjadi sarang pengganas dan pelampau.

张哲