Punca COVID-19: AS Digesa Beri Penjelasan Lerai Kesangsian Dunia

2021-08-18 12:34:10  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa memberikan penjelasan lanjut berhubung makmal biologi Fort Detrick dan membantu dunia merungkai misteri asal usul COVID-19.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam taklimat harian pada Selasa, sebagai reaksi terhadap satu petisyen dilancarkan secara dalam talian oleh beberapa institusi Filipina yang mahu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyiasat makmal tersebut.

Hua berkata, banyak petunjuk punca koronavirus sekarang ini disasarkan kepada AS. Sehubungan itu, media dan pakar dari negara itu serta Rusia, Repulik Korea dan Jepun senada mahukan siasatan dibuka terhadap makmal Fort Detrick.

Namun, AS mengambil sikap memekakkan telinga ketika masyarakat antarabangsa lantang menyuarakan kesangsian terhadap perkara tersebut, sebaliknya melakukan manipulasi politik, melemparkan tohmahan dan memburuk-burukkan China.

Dalam pada itu, Hua mengulangi gesaan supaya AS memberikan respons positif terhadap suara masyarakat antarabangsa dengan mengumumkan data kes awal membabitkan anggota tentera sakit yang mengambil bahagian dalam Sukan Tentera Dunia di Wuhan serta menjemput WHO menyiasat makmalnya.

董筱娉