China, Asia Barat Tumpu Kaedah Baharu Perkasa Kerjasama

2021-08-18 13:37:55  CRI
Share with:

China, Asia Barat Tumpu Kaedah Baharu Perkasa Kerjasama_fororder_微信图片_20210818101716

China dan negara Arab perlu memperluaskan bidang kerjasama dari sumber tenaga kepada rangkaian industri yang menyeluruh, dari bidang tradisional kepada industri baharu, selain menyelaraskan pelaksanaan rancangan pembangunan negara Asia Barat dengan pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China.

Demikian pendapat yang diutarakan oleh  Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Asia Barat, diplomat negara Asia Barat ke China, pakar dan sarjana dalam Forum Kerjasama China-Asia Barat yang kedua di sini, pada Selasa.

Menurut mereka, kerjasama dalam bidang kesihatan, kesalinghubungan, pembangunan hijau perlu dirapatkan selain perkongsian yang bersifat terbuka dan inklusif perlu dijalinkan antara China dengan negara Asia Barat.

Pada forum itu, peserta telah mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai kemajuan baharu dalam usaha sama melawan pandemik COVID-19, kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, pertukaran sosiobudaya serta keselamatan antara kedua-dua pihak.

China, Asia Barat Tumpu Kaedah Baharu Perkasa Kerjasama_fororder_微信图片_20210818111051

Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Asia Barat, Zhai Jun berkata, China komited terus berusaha bersama dengan negara Asia Barat untuk menjalinkan perkongian yang bertaraf tinggi dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

Untuk rekod, pada tahun 2020, China berjaya mengekalkan statusnya sebagai rakan dagang terbesar bagi negara Arab.

Difahamkan, kedua-dua pihak bukan sahaja melaksanakan kerjasama dalam bidang baharu termasuk bandar pintar, teknologi 5G dan rawatan jarak jauh, tetapi juga mengumumkan Inisiatif Kerjasama Keselamatan Data China-Liga Arab bagi bergandingan bahu dalam usaha tadbir urus digital sejagat.

Di samping itu, China telah menghantar kumpulan pakar perubatan seramai lebih 100 orang, membina makmal ujian mengesan COVID-19 dan menyediakan sebanyak 176 juta dos vaksin untuk membantu negara Asia Barat dalam usaha melawan wabak dalam tempoh sepanjang setahun lepas. 

曹捷