Dagangan China, Negara BRI Terus Meningkat

2021-08-18 14:01:36  CRI
Share with:

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus meningkat dari segi kuantiti dan kualiti, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC).

Jurucakapnya, Meng Wei memaklumkan, jumlah perdagangan barangan antara China dengan negara-negara BRI mencapai USD824.55 bilion (RM34.94 trilion) pada separuh pertama tahun ini, meningkat 37.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, pelaburan langsung bukan kewangan yang dibuat China ke negara-negara BRI pula mencecah USD9.58 bilion (RM40.6 bilion), naik 18 peratus.

Dalam tempoh tersebut, China telah menyelesaikan projek usaha sama di negara berkenaan bernilai USD39.35 bilion (RM166.7 bilion), bertambah 10.6 peratus.

梁靓