Kenderaan perayau, Zhurong menyelesaikan misi eksplorasi di Marikh pada Ahad selepas menjelajah selama 92 hari dan meneroka sejauh 889 meter di permukaan planet merah itu.
Menurut Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA), Zhurong berjaya memperoleh data mentah sebanyak 10 GB merangkumi keadaan topografi, medan magnet dan meteorologi dan sebagainya.
Zhurong kini berada dalam keadaan yang baik dan akan meneruskan misi tambahannya di Marikh.