Olimpik Musim Sejuk 2022: Peralatan IOC Kumpulan Pertama Tiba di Beijing

2021-08-18 11:45:19  CRI
Share with:

Olimpik Musim Sejuk 2022: Peralatan IOC Kumpulan Pertama Tiba di Beijing_fororder_微信图片_20210818114240

Sebahagian peralatan profesional Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan digunakan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 tiba di Beijing pada Isnin.

Setelah selesai digunakan pada Sukan Olimpik Tokyo, peralatan kumpulan pertama yang meliputi lebih 1,200 buah dengan berat 10.4 tan itu tiba di pelabuhan Tianjin dan akan digunakan untuk Sidang Pleno IOC ke-139 pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Olimpik Musim Sejuk 2022: Peralatan IOC Kumpulan Pertama Tiba di Beijing_fororder_微信图片_20210818114254

 Gao Bin, naib ketua Bahagian Pengawasan Pelabuhan Kastam Tianjin menyatakan, sejumlah besar peralatan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan memasuki China melalui pengangkutan maritim.

Oleh itu, kastam Tianjin telah menyediakan jalan masuk dan saluran khas untuk memastikan kemasukan barang tersebut dengan lancar.

Olimpik Musim Sejuk 2022: Peralatan IOC Kumpulan Pertama Tiba di Beijing_fororder_微信图片_20210818114300

Sementara itu, Bai Feng, ketua bahagian pengawasan pelepasan Kastam Beijing memberitahu bahawa pihaknya turut mengatur petugas khusus untuk memberikan keutamaan termasuk pelepasan kastam yang cepat kepada kemasukan barangan sempena temasya tersebut.

Pada masa sama, difahamkan sebanyak 230 kontena bahan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diimport ke Beijing, dan dijangka sekurang-kurangnya 40 hingga 50 kontena akan diangkut ke Beijing setiap bulan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

曹捷