Olimpik: Thomas Bach Hargai Liputan CMG di Tokyo, Teruja Menanti Liputan di Beijing

2021-08-18 13:20:14  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menzahirkan penghargaannya kepada Kumpulan Media China (CMG) atas sokongan terhadap Sukan Olimpik Tokyo yang melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Dalam surat yang diutuskan kepada Presiden CMG iaitu Shen Haixiong, Bach memberitahu bahawa liputan temasya Olimpik Tokyo menerusi wahana multimedia CMG yang ditonton oleh ratusan juta penonton di seluruh dunia telah mempromosi nilai dan semangat Olimpik.

Pada masa sama, Bach turut menyatakan keterujaannya untuk menonton liputan CMG pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kelak serta berharap agar media milik negara China itu dapat memberi liputan "lebih kreatif, berpengaruh besar dan mendalam".

Terdahulu, ketika diwawancara CMG pada Sukan Olimpik Tokyo, beliau turut menyanjung tinggi terhadap pengaruh laporan dilakukan CMG, dan menyatakan kerjasama dengan CMG ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dijangka mampu mencapai "kemajuan yang mencatat sejarah".

Sementara itu, Shen Haixiong dalam suratnya kepada Bach pula menyatakan, Sukan Olimpik 2020 di Tokyo berjaya mempersembahkan temasya sukan yang mengagumkan kepada penonton global meskipun dunia masih mengharungi pandemik COVID-19.

Jelas Shen, pada temasya itu, CMG telah membuat liputan TV terhadap 500 acara sukan, siaran langsung media baharu terhadap lebih7,000 acara sukan dan menghasilkan isyarat awam antarabangsa terhadap sebahagian acara sukan yang penting.

Dalam pada itu, jumlah penonton menerusi wahana multimedia pula berjaya mencapai 47.9 bilion, sekali gus mencatat rekod baharu dalam kadar tontonan sektor acara sukan dalam tempoh 10 tahun terakhir ini.

Shen berkata, CMG sedang berusaha membuat persiapan terhadap kerja siaran terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, sambil membuka saluran Olimpik mengikut agenda.

Menurut beliau, CMG komited menjadikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai pentas terbaik  untuk  memperlihatkan perkembangan terkini dalam teknologi media dan permintaan yang pelbagai dalam kalangan penonton era ini.

张宪