Taliban Tidak Mahu Berperang Lagi

2021-08-18 12:22:15  CRI
Share with:

Taliban tidak mahu sebarang perang berulang lagi atau bermusuhan dengan mana-mana pihak dari dalam dan luar negara, kata jurucakapnya, Zabihullah Mujahid dalam sidang media di Kabul pada Selasa.

Menurut jurucakap itu, pihaknya mampu menjamin keselamatan di bandar-bandar termasuk Kabul, selain berusaha mengelak berlakunya kematian dan kecederaan.

Zabihullah turut menegaskan bahawa Taliban tidak akan mengambil tindakan membalas dendam, di samping menggesa pegawai kerajaan supaya kembali bertugas seawal mungkin.

林莹