China, Arab Sasar Visi Komuniti Berkongsi Nasib

2021-08-19 13:52:15  CRI
Share with:

China dan dunia Arab diharap terus menjayakan kolaborasi, memacu pembangunan secara damai dan mewujudkan situasi yang saling menguntungkan.

Harapan itu diluahkan Presiden Xi Jinping menerusi perutusan tahniah kepada Ekspo China-Negara Arab edisi kelima yang membuka tirainya di Yinchuan, wilayah Ningxia hari ini.

Xi berkata, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, China dan negara-negara Arab mempergiat usaha menyeragamkan pelan tindakan dan menyumbang kepada pelaksanaan projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) hingga membuahkan hasil yang memuaskan.

Selain itu, China terus kekal sebagai rakan dagang terbesar dunia Arab. Tatkala melawan wabak COVID-19, kedua-dua pihak juga menjalinkan usaha sama sebagaimana yang boleh dicontohi.

Xi juga ingin melihat perkongsian strategik antara dua pihak dapat terus diperkukuh hingga menyumbang kepada visi membentuk komuniti berkongsi nasib pada era baharu.

董筱娉