Atlet OKU, Wira Pencetus Semangat Satria

2021-08-19 15:32:46  CRI
Share with:

Atlet OKU, Wira Pencetus Semangat Satria_fororder_142414065

Kontinjen Paralimpik Tokyo China yang terdiri daripada 251 atlet berlepas ke Tokyo hari ini. Setakat ini China telah empat kali berturut-turut menduduki No.1 dalam senarai pingat paralimpik.

Sebagai orang China Satria semestinya tidak sabar untuk menantikan persembahan oleh para atlet China yang dijangka terus memperlihatkan semangat perjuangan di Tokyo.

Pada masa yang sama, Satria juga menumpukan Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 22 atlet pula bersiap untuk mempersembahkan yang terbaik kepada dunia di Tokyo.

Semalam Satria ada juga buat carian di Google tentang senarai nama atlet Malaysia, namun sayang sekali tiada nama-nama yang Satria pernah kenal sewaktu di Beijing.

Pada tahun 2008, Satria sebagai wartawan pernah membuat liputan dengan kontinjen Malaysia, menemani para wira dari Malaysia setiap hari.

Semangat optimis dan perjuangan yang Satria saksikan daripada mereka di dalam dan luar arena sebenarnya sangat membantu Satria khususnya dalam kerja dan kehidupan selepas itu.

Mariappan Perumal dan Cheok Kon Fatt pada masa itu sudah bergelar legenda dalam sejarah Paralimpik Malaysia.

Bagaimanapun, yang memberi kenangan paling mendalam kepada Satria adalah Siow Lee Chan, iaitu pemenang pingat gangsa angkat berat dan Ng Keng Chuan, Ketua Kontinjen Malaysia pada masa itu.

Atlet OKU, Wira Pencetus Semangat Satria_fororder_914737456

Puan Siow sangat ramah dan Satria ibaratkan beliau seperti kakak sendiri. Dalam ingatan saya beliau selalu senyum menghadapi setiap orang.

Setelah berjaya merangkul pingat gangsa yang dihiaskan dengan jed, beliau kelihatan sungguh gembira dan memberitahu saya bahawa hari itu merupakan ulang tahun setahun anak kembarnya. Jadi, ditambah dengan hadiah Jed yang sinonim dengan makna bahagia bagi orang Cina, beliau berkata pingat tersebut merupakan hadiah terbaik bagi anak-anaknya.

Kali pertama beliau menitiskan air matanya adalah ketika menceritakan tentang rutin latihan atlet OKU yang semuanya diuruskan oleh diri sendiri sahaja.

Beliau beritahu Satria yang dirinya agak bertuah sebab suaminya juga merupakan atlet angkat berat dan mampu menjadi jurulatihnya.

Ketika itu, harapan beliau sangat jelas iaitu pingat gangsa yang pertama bagi Malaysia dalam 16 tahun yang lalu mampu menarik tumpuan masyarakat terhadap sukan OKU.

Atlet OKU, Wira Pencetus Semangat Satria_fororder_1912834625

Manakala, ketika menyaksikan semangat Ketua Kontinjen Ng Keng Chuan, Satria dapat melihat satu semangat perjuangan yang tidak pernah luntur atau sekali-kali menyerah kalah meskipun nasib tidak menyebelahinya.

Beliau dulu adalah atlet Ping Pong yang berjuang untuk menyertai Sukan Olimpik Beijing, tapi cedera dalam kemalangan kenderaan.

Bagaimanapun beliau memilih datang ke Beijing sebagai Ketua Kontinjen Paralimpik Malaysia, dengan sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat untuk negara.

Bagi Satria, ini sangat jelas menunjukkan beliau dan para wira Malaysia telah berjaya.

Beliau memberitahu Satria bahawa penghormatan terhadap orang OKU bukan semata-mata dengan memberi bantuan kepada mereka, tapi juga dengan memberi sokongan agar mereka dapat berdikari.

Misalnya ketika naik bas, berbanding orang lain mengangkat beliau ke dalam bas, beliau sebenarnya lebih seronok jika disediakan fasiliti supaya sendiri mampu menggunakan kerusi beroda masuk ke dalam bas.

Selepas berpisah di Beijing, jujur Satria rindu pada para wira Malaysia. Sayang sekali pada masa itu belum ada Facebook atau Wechat, jadi hubungan dengan mereka juga sama terputus.

Bila Satria lakukan carian di Google, Satria terjumpa video kakak Siow berkongsikan ceritanya di KiniTV, dan berita mengenai Ng Keng Chuan bertanding dalam pemilihan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.

Bagaimanapun, Satria turut jumpa berita yang menyedihkan termasuk atlet memanah Muhammad Salam Sidik telah meninggal, dan kehidupan Mariappan Perumal yang menghadapi kesengsaraan.

Meskipun kerajaan telah menyediakan subsidi kepada setiap pemanang pingat, tapi bagi orang OKU, mengawal keluarga sambil meneruskan latihan bukan perkara remeh, apatah lagi atlet yang gagal memenangi pingat.

Menjelang Paralimpik Tokyo, berita mengenai mereka barulah nampak sedikit walaupun ia dah seakan-akan menjadi rutin empat tahun sekali.

Atlet OKU sepatutnya mendapat lebih banyak tepukan tangan daripada atlet Olimpik, kerana sokongan seperti itu bermakna penting bagi mereka.

Dan kalau anda memberi tumpuan kepada pertandingan mereka sama seperti Sukan Olimpik tempoh hari, Satria yakin anda mesti banyak terharu dan mendapat semangat daripada mereka.

张弘