Nanti Taliban Bina Kerangka Politik Terbuka, Inklusif

2021-08-19 15:25:55  CRI
Share with:

China menanti-nantikan Taliban membentuk kerangka politik yang terbuka dan inklusif menerusi rundingan dengan semua pihak terlibat.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam sidang media semalam berkata, Taliban diharap melaksanakan dasar dalam dan luar yang sederhana, serta menjamin keselamatan institusi dan warga asing di Afghanistan.

China juga berharap Taliban dapat bertindak tegas membanteras kumpulan pengganas termasuk Pergerakan Islam Turkistan Timur (ETIM), dan menunaikan janji tidak membenarkan mana-mana kuasa melakukan kegiatan yang mengancam keselamatan negara jiran di wilayah Afghanistan.

Zhao menambah, China akan terus bersama-sama masyarakat antarabangsa menyokong pembangunan semula Afghanistan dan membantu negara itu mewujudkan keamanan berkekalan.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid dalam taklimat media di Kabul pada Selasa menyatakan, pihaknya tidak mahu sebarang perang berulang lagi atau bermusuhan dengan mana-mana pihak dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, Taliban mahu menjalin hubungan baik dengan negara lain dan merancang menubuhkan sebuah kerajaan yang inklusif.

梁靓