Ekspo China-Negara Arab ke-5 Buka Tirai

2021-08-20 12:12:45  CRI
Share with:

Ekspo China-Negara Arab ke-5 Buka Tirai_fororder_1127776132_16293584728311n

Sebuah lagi wahana penting Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dibina secara bersama antara China dan negara Arab iaitu Ekspo China-Negara Arab ke-5 secara rasminya membuka tirainya di bandar Yinchuan, Ningxia pada Khamis.

Ekspo China-Negara Arab ke-5 Buka Tirai_fororder_1127776132_16293584728351n

Pada kali ini, ekspo yang dijadualkan berlangsung selama empat hari secara dalam dan luar talian akan mengangkat matlamat "mengintensifkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, bersama membina BRI" sebagai temanya.

Selain upacara perasmian, persidangan kemuncak perniagaan dan sidang promosi pelaburan BRI, sebanyak enam ruang pameran utama turut disediakan.

Ekspo China-Negara Arab ke-5 Buka Tirai_fororder_1127776132_16293584728341n

Difahamkan, ruang tersebut yang merangkumi ekonomi digital, bahan baharu sumber tenaga bersih dan perubatan  itu bertujuan untuk mengintensifkan kerjasama China-Arab dalam bidang sumber tenaga, kapasiti pengeluaran dan pembinaan infrastruktur, di samping terus menerokai kerjasama ekonomi digital, kecerdasan buatan dan sumber tenaga baharu.

Untuk rekod, meskipun sedang menghadapi cabaran global akibat pandemik COVID-19, kerjasama China-negara Arab dan pembinaan bersama BRI tidak terencat, sebaliknya menunjukkan kekuatan dan kedinamikan yang mengagumkan.

Ekspo China-Negara Arab ke-5 Buka Tirai_fororder_1127776132_16293584728361n

Pada tahun 2020, jumlah perdagangan China-negara Arab telah direkodkan sebanyak USD239.4 bilion (RM1 trilion).

张宪