Xi Balas Surat Veteran Pegawai Parti di Kampung Sempadan

2021-08-20 16:56:19  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menggalakkan veteran pegawai parti peringkat akar umbi di kawasan sempadan terus membimbing penduduk tempatan membangunkan kampung halaman yang indah, mengekalkan perpaduan kaum dan memelihara keutuhan wilayah.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), membuat pesanan tersebut dalam surat balas kepada veteran setiausaha Jawatankuasa PKC yang bertugas di kampung-kampung sempadan di kaunti autonomi Cangyuan berpenduduk etnik Wa, provinsi Yunnan.

Beliau turut menyifatkan kejayaan yang dicapai dalam pembasmian kemiskinan sebagai langkah penting demi kehidupan yang bahagia.

Ujarnya, usaha memacu pembangunan di kawasan luar bandar dan kawasan sempadan hendaklah diperkasakan lagi bagi mewujudkan kemakmuran bersama penduduk pelbagai kaum.

张哲