AS, Ancaman Terbesar kepada Demokrasi dan Hak Asasi

2021-08-20 13:05:32  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang melakukan genosid dan jenayah kemanusiaan adalah ancaman terbesar kepada demokrasi dan hak asasi manusia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berkata demikian pada sidang akhbar semalam sebagai reaksi terhadap dusta dan fitnah yang dilemparkan politikus negara itu.

Rabu lalu, bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley dan ahli Parti Republikan, Michael Waltz dalam satu artikel menuduh China “menindas” 1.4 bilion rakyatnya dan melakukan "genosid" terhadap berjuta-juta penduduk etnik Uygur, bahkan menyeru kerajaan dan syarikat AS memboikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Sehubungan itu, Hua berkata, dunia terkejut dan sedih dengan kekacauan di lapangan terbang Kabul, namun politikus AS sanggup menutup mata terhadap tragedi tersebut yang berlaku ekoran kesalahan mereka sendiri.

Mereka sebaliknya menyebarkan kata-kata bohong dan khabar angin menyasar China dengan bertopengkan demokrasi dan hak asasi, yang sekali lagi mendedahkan hipokrasi politikus AS.

Hua menegaskan, rakyat pelbagai etnik termasuk lebih 11 juta penduduk Uygur di Xinjiang hidup aman sentosa dan menikmati kebahagiaan.

曹捷