Pelaburan China ke Negara BRI Meningkat 9.9 Peratus

2021-08-20 12:23:13  CRI
Share with:

Kementerian Perdagangan China mengumumkan pelaburan langsung China terhadap sektor bukan kewangan di luar negeri pada tujuh bulan pertama tahun ini dicatatkan penurunan sebanyak empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan mencapai RMB406.52 bilion (RM265 bilion).

Menurut jurucakapnya, Gao Feng, berbanding dengan penurunan tersebut,  pelaburan China ke negara yang terlibat dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 9.9 peratus.

Dalam satu sidang media pada Khamis, beliau menyatakan bahawa pelaburan China ke negara BRI dalam sektor bukan kewangan dicatatkan sebanyak USD11.29 bilion (RM47.85 bilion), iaitu menempati 18 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan China di luar negeri.

Mengikut maklumat yang diperincikan, difahamkan bahawa sektor perisian penyaluran maklumat dan perkhidmatan teknologi maklumat menyumbang sebanyak USD4.81 bilion (RM20.4 bilion), iaitu meningkat 32.9 peratus.

Manakala, sektor penyelidikan sains, perkhidmatan teknologi, industri pembuatan, pengangkutan dan perkhidmatan penduduk turut sama menunjukan trend kenaikan.

Selain itu, kontrak baharu yang berjaya dimeterai dengan negara lain pula, dimaklumkan bahawa secara utamanya ia tertumpu kepada projek pengangkutan, bekalan elektrik dan projek pembinaan biasa.

Untuk rekod, kontrak baharu yang bernilai lebih USD50 juta (RM212 juta) telah melibatkan sebanyak 453 buah projek, sekali gus menyaksikan penambahan 32 buah projek berbanding tempoh sama tahun lalu.

曹捷