China Harap Taliban Tunai Janji

2021-08-20 13:04:24  CRI
Share with:

China berharap Taliban Afghanistan dapat menunaikan semua janji yang dibuatnya, menurut jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying.

Hua dalam sesi taklimat pada Khamis berkata, China telah mengambil perhatian terhadap isyarat positif daripada kenyataan pemimpin dan jurucakap Taliban.

“Kami menggalakkan dan berharap Taliban dapat bersatu dengan semua parti dan etnik di Afghanistan untuk mewujudkan kerangka politik terbuka dan inklusif yang selaras dengan keadaan negara sendiri melalui dialog, selain melaksanakan dasar domestik dan luar yang sederhana dan berhemat.

"Taliban juga diharap dapat bertindak tegas membendung pelbagai bentuk kegiatan pengganas dan jenayah bagi memastikan kestabilan negara, menjauhkan rakyat daripada penderitaan perang dan mewujudkan keamanan berkekalan,” ujarnya.

曹捷