Acuan Demokrasi AS Gagal di Afghanistan:Pakar

2021-08-20 16:43:27  CRI
Share with:

Acuan Demokrasi AS Gagal di Afghanistan:Pakar_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_64e4c269-e5df-454a-b5b2-1a2107f164eb

Acuan demokrasi Amerika Syarikat (AS) gagal di Afghanistan kerana ia hanya menyasar kepentingan AS sendiri, ujar pakar politik Afghanistan, Matiullah Kharoti.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau berkata AS menubuhkan “kerajaan demokratik” di Afghanistan semata-mata demi tujuan ekonomi dan ketenteraannya.

Jelas beliau, Afghanistan yang terletak di  tengah-tengah benua Eurasia, dijadikan AS sebagai kubu strategiknya di Asia Tengah bagi mengekalkan hegemoni sendiri.

Tindakan AS menaja pemerintah yang mengikut arahannya di Afghanistan, akhirnya mencetuskan gejala rasuah yang serius hingga menjadikan demokrasi satu angan-angan sahaja.

Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Jalan Sutera Afghanistan, Muhammad Yusuf Rahnaward pula berkata, AS menipu rakyat Afghanistan dalam masa 20 tahun yang lalu.

“AS cakap tak serupa bikin. Mereka tidak teragak-agak melepaskan kerajaan Afghanistan apabila tuntutan kepentingan diri berubah,” kata beliau. 

张哲