Tanam Benih Patriotik dalam Hati Setiap Kanak-kanak

2021-08-20 14:40:17  CRI
Share with:

Sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC), pendidikan etnik minoriti mendapat perhatian yang semakin meluas dari pihak berkuasa. Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping menegaskan, perpaduan dan pembangunan di kawasan penghuni etnik minoriti tidak terlepas dari pendidikan di peringkat akar umbi.

Xi pernah mengunjungi Sekolah Rendah Pusat Pekan Tokzak, Kashgar, Wilayah Autonomi Xinjiang pada 28 April tahun 2014.         

Dalam tinjauan itu, Xi menekankan, pendidikan sekolah menengah atas dan pendidikan vokasional perlu diperhebat untuk membantu golongan belia menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam mengambil pekerjaan.

Ketika meninjau ke Chongqing pada April tahun 2019, Xi pernah mengunjungi Sekolah Rendah Mukim Zhongyi yang 90% muridnya merupakan etnik minoriti. Ma Yingcui, anak etnik Tujia kelahiran 1980-an yang bertugas sebagai guru bahasa & sastera dalam sekolah itu, membagitahu bahawa Zhongyi adalah kampung halamannya, dan sekolah itu pula alma maternya. "Sejak tamat pelajaran, saya sudah bertugas di sekolah ini selama 17 tahun, dan menyaksikan kehidupan tempatan bertambah semakin baik dan prasarana sekolah bertambah semakin lengkap. Saya bertekad bertapak di sini untuk menyumbang kepada pembangunan kampung halaman sendiri", katanya.

Xi berasa amat gembira dan berharap lebih ramai guru memilih berkecimpung dalam pendidikan di kawasan luar bandar.

Ketika meninjau ke Wilayah Autonomi Mongolia Dalam pada Julai tahun 2019, Xi telah menziarahi perwakilan pensyarah dan siswa-siswi di Universiti Mongolia Dalam. Beliau berkata, golongan belia yang kuat melambangkan negara yang kuat. Persaingan pada masa depan adalah persaingan di kalangan belia. Belia China generasi ini berperanan sebagai tulang belakang dalam memperjuangkan matlamat pembangunan Seratus Tahun kedua. Semua siswa-siswi digalakkan bercita-cita tinggi bagi menyumbangkan kebijaksanaan dan kepakaran masing-masing demi pembangkitan semula bangsa Cina.

Pada Persidangan Penganugerahan Perpaduan dan Kemajuan Bangsa China yang diadakan pada September 2019, Xi telah menegaskan, pendidikan kesetianegaraan perlu diintensifkan, supaya benih patriotik dapat tertanam dalam hati setiap kanak-kanak.

高蕾