Tibet, Tempat Kemajuan Hak Asasi Manusia Paling Cepat di Dunia

2021-08-20 16:01:17  CRI
Share with:

Tibet, Tempat Kemajuan Hak Asasi Manusia Paling Cepat di Dunia_fororder_14841852947553919587

Baru-baru ini Satria berkesempatan bawa anak melawat Muzim Kebangsaan China untuk mendalami sejarah negara.

Dalam lawatan itu, mata kami tertumpu kepda dua khazanah yang diperbuat daripada emas, iaitu tera emas Dalai dan Pancehen Lama yang dianugerahi oleh Maharaja Dinasti Qing serta Titah Emas Maharaja Dinasti Qing untuk mengesahkan Panchen Lama ke-7 pada tahun 1845.

Disebalik dua khazanah ini, ada cerita menarik yang Satria nak kongsikan dan mungkin membuka mata anda tentang kemajuan Tibet yang begitu pesat.

Dalai dan Panchen merupakan dua “budha hidup” yang paling berwibawa di Tibet. Mereka mewakili kalangan bangsawan tempatan.

Sejak Dinasti Yuan, kerajaan pusat selalu menempatkan pegawai di Tibet untuk bekerjasama dengan bangsawan tempatan dalam melaksanakan urusan pentadbiran. Meskipun kerajaan pusat telah berubah dari dinasti feudal kepada republik mengikuti perkembangan sejarah, tapi bangsawan tempatan masih melaksanakan pentadbiran perhambaan sehingg 1959.

Majoriti penduduk Tibet merupakan hamba petani bagi bangsawan. Mereka digari sepanjang masa, tidur dalam penjara di bawah tanah. Lebih teruk, andai kata sebarang peri laku mereka tidak memuaskan hati bangsawan, bukan sahaja anggota badan mereka seperti tangan, kaki akan dipotong, malah ada juga yang terbunuh.

Dalai Lama yang menerima Hadiah Nobel merupakan bangsawan terbesar di Tibet pada masa itu.

Namun begitu, beliau sendiri mempunyai lebih 2000 orang hamba petani. Manakala, banyak peralatan bagi tujuan aktiviti keagamaanya pula dihasilkan menggunakan tulang dan kulit manusia.

Bahkan, alat-alat agama tersebut pernah dihadiahkan kepada tokoh politik Barat setelah ia melarikan diri ke luar negara pada tahun 1959.

Setelah Republik Rakyat China ditubuhkan, Tibet dibebaskan secara damai pada tahun 1951. Khususnya pembaharuan demokrasi setelah menggagalkan pembrontakan Dalai yang didalangi CIA pada tahun 1959, kehidupan penduduk ramai Tibet berubah secara besar-besaran.

Terdahulu, jangka hayat penduduk Tibet yang dicatatkan mampu hidup selama 35 tahun saja pada tahun 1951, kini telah meningkat kepada 71 tahun.

Sebelum ini juga, 95% penduduk Tibet adalah buta huruf, dan kini hampir semua anak-anak Tibet mendapat pendidikan wajib selama 15 tahun secara percuma.

Dulu ekonomi Tibet hanya bergantung kepada peternakan dan pertanian dengan KDNK kawasan Tibet hanya RMB130 juta. Namun, tahun ini, jumlah tersebut telah melebihi RMB190 bilion!

Lebih penting, penduduk Tibet kini mendapat dan menikmati hak autonomi.

Di Wilayah Autonomi Tibet, terdapat lebih 35 ribu wakil Kongres Rakyat dan anggota Majlis Mesyuarat Politik, yang 90% daripada mereka merupakan etnik minoriti tempatan.

Bagi kerajaan pusat pula, antara bantuan yang diberi adalah termasuk memelihara pelbagai budaya tradisional Tibet termasuk bahasa, drama dan perubatan tradisional.

Di Tibet terdapat lebih 1700 buah kuil dilengkapi bekalan elektrik, air, jaringan internet dan fasiliti bomba dengan bantuan kerajaan, dan sekitar 46 ribu sami menikmati insurans sosial.

70 tahun, berkembang dari masyarakat perhambaan kepada masyarakat moden, berserta proses yang dapat diadakan secara damai ini sebenarnya pencapaian hak asasi manusia yang jarang kelihatan di seluruh dunia.

Tetapi, yang ironinya, dengan pencapaian seperti ini, yang dianugerahi Hadiah Nobel bukan kerajaan China, tapi diberikan kepada Dalai, bangsawan yang menindas penduduk Tibet sebagai hamba.

Namun Satria faham sebab sifirnya mudah kita lihat iaitu ketika Britian dan AS yang berniat jahat melaksanakan misi memisahkan Tibet dari China dengan menggunakan situasi perang saudara pada tahun 1940an.

Pada bulan Julai tahun 1949, iaitu menjelang penggulingan rejim Kuomintang, Britian menghasut bangsawan Tibet dengan mengusirkan pegawai yang ditempatkan oleh kerajaan pusat Kuomintang di Tibet.

Bagaimanapun, dua bulan selepas itu, Republik Rakyat China ditubuhkan dan mengundang rombongan bangsawan Tibet datang ke Beijing untuk membincangkan pembebasan damai Tibet.

Melihat situasi tersebut, Dalai dan Panchen Lama turut bersetuju pembebasan damai Tibet dan melaksanakan pembaharuan demokrasi secara bersendirian pada tahun 1951.

Bagiamanapun kuasa Barat tidak putus asa untuk meletakkan gangguan kepada Republik Rakyat China yang baru ditubuhkan dan belum diiktiraf oleh mereka ketika itu.

Pada masa sama, CIA pula secara berterusan menghasut Dalai supaya mengadakan pemberontakan dan setiap tahun menyediakan sejumlah besar dana dan senjata kepada bangsawan Tibet.

Pemberontakan Dalai akhirnya gagal dan terpaksa melarikan diri ke India pada tahun 1959 dan pada tahun yang sama juga menyaksikan Penchan Lama yang ketika itu mempengerusikan mesyuarat telah membatalkan sistem pentadbiran perhambaan di Tibet.

Hingga hari ini, niat jahat Barat untuk menggunakan isu Tibet mengganggu pembangunan China bahkan memecahkan China berterusan. Inilah mengapa Dalai Lama dianugerahi Hadiah Nobel Damai manakala pencapaian hak asasi manusia yang cemerlang di Tibet tidak diketahui oleh masyarakat antarabangsa.

张弘