AS Digesa Henti Manipulasi Punca COVID-19

2021-08-21 14:38:26  CRI
Share with:

AS Digesa Henti Manipulasi Punca COVID-19_fororder_hua

Amerika Syarikat (AS) digesa supaya berhenti melakukan manipulasi terhadap asal usul COVID-19 dan mencemari usaha sama memerangi wabak di peringkat global.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying berikutan perbuatan pemimpin AS melobi negara jiran China untuk bersama mencanangkan teori konspirasi “China asal koronavirus”.

Beliau membalas dengan mengatakan China sentiasa menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan, manakala AS menyorokkan dan memonopoli barang keperluan perubatan.

Tatkala China membekalkan lebih 800 juta dos vaksin kepada dunia, manakala AS mengapi-apikan sentimen “AS didahulukan” dan nasionalisme vaksin.

Hua turut mengecam tindakan AS itu tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab.

董筱娉