Dua Maut Letupan Berani Mati di Pakistan

2021-08-21 13:43:35  CRI
Share with:

Insiden letupan bom berani mati  yang berlaku di Gwadar, barat daya Pakistan pada Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak maut dan tiga lagi cedera termasuk seorang warga China.

Kedutaan Besar China di Pakistan mengutuk sekerasnya serangan tersebut, di samping menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera dalam insiden itu.

梁靓