Tokoh Islam Puji Dasar Kebebasan Beragama China

2021-08-21 15:31:07  CRI
Share with:

Dasar kebebasan beragama yang diamalkan kerajaan China mendapat pujian dan pengiktirafan tokoh dunia Islam.

Pujian itu diberi Pengerusi Majlis Komuniti Islam Sedunia, Dr Ali Rashid Al-Nuaimi dalam satu webinar antarabangsa anjuran Persatuan Islam China yang bertemakan “bagaimana komuniti Islam menyesuaikan diri dengan pembangunan sosial kontemporari” pada Selasa lalu.

Beliau juga menyampaikan penghargaan kepada kerajaan China yang mengambil berat terhadap hak asasi manusia.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Islam China, Yang Faming menyeru komuniti Islam sedunia lebih bersatu, bersinergi dan progresif, di samping menjunjung keadilan dan menyemarakkan semangat komuniti berkongsi nasib sesama insan demi kesejahteraan semua.

Sementara itu, Presiden Persatuan Islam Xinjiang, Cheikh Abdu Ragib Tomornyaz tampil berkongsi perubahan yang dilalui wilayah itu sejak tujuh dekad lalu.

Katanya, dasar kebebasan beragama dilaksanakan sepenuhnya di Xinjiang. Penduduk tempatan menikmati kehidupan lebih bahagia, sementara memperoleh pendapatan semakin lumayan.

梁靓