EU Kecam Tindakan AS di Afghanistan

2021-08-22 16:13:55  CRI
Share with:

Wakil Kanan Kesatuan Eropah (​EU) bagi Dasar Luar dan Keselamatan, Jose Borrell mengecam AS mencetuskan keadaan huru-hara di lapangan terbang Kabul.

Beliau yang diwawancara pada Sabtu berkata, operasi pemindahan EU terbantut susulan tentera AS mengenakan tindakan keselamatan yang terlalu ketat di lapangan terbang itu, sehingga menyebabkan ramai warga yang bekerja untuk EU tidak dapat lulus pemeriksaan.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 400 warga Afghanistan yang bekerja dengan misi EU di Kabul atau anggota keluarga mereka. Hanya 150 orang daripadanya telah meninggalkan Afghanistan setakat ini.

张哲