Akses 5G Guna Telefon Bimbit Cecah 392 Juta

2021-08-22 15:02:33  CRI
Share with:

Jumlah pengguna telefon bimbit di China mencecah 1.619 bilion setakat penghujung Julai, menurut  Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT).

Antaranya, akses kepada rangkaian 5G menggunakan telefon bimbit direkodkan sebanyak 392 juta, bertambah 193 juta berbanding hujung tahun lalu.

Data MIIT turut menunjukkan, pendapatan  industri telekomunikasi terus meningkat pada tujuh bulan pertama tahun ini hingga keseluruhannya mencecah RMB872.1 bilion (RM568.2 bilion), naik 8.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. 

梁靓