China Giat Mendorong Pembaharuan WTO

2021-08-23 14:46:06  CRI
Share with:

Sidang Peringkat Menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan diadakan pada November tahun ini sempena ulang tahun ke-20 keanggotaan China dalam WTO. Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa WTO sedang menghadapi cabaran yang serius, memandangkan ada suatu negara mempolitikkan isu perdagangan dengan mengambil langkah unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang dilihat amat merosakkan keberkesanan dan kewibawaan sistem WTO.

Pelbagai pihak kelihatan menaruh harapan besar terhadap sidang tersebut. China berharap sidang itu dapat mencapai kemajuan dalam bidang rundingan subsidi perikanan, sektor perdagangan dan kesihatan, pembaharuan agensi rayuan, peraturan dan sistem domestik mengenai perdagangan perkhidmatan serta kemudahan pelaburan dan e-niaga, supaya masyarakat antarabangsa memperkukuh keyakinan terhadap keberkesanan dan kewibawaan WTO. China akan menyokong Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala dalam menjalankan rundingan yang berkesan agar mencapai hasil yang kondusif.

Serentak itu, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dan berusaha mengemukakan cadangan bercirikan China tentang rundingan dan pembaharuan WTO. 

曹捷