Ekspo China-Arab Pertingkat Kerjasama Dua Hala

2021-08-23 12:57:15  CRI
Share with:

Ekspo China-Arab yang berlangsung selama empat hari di sini, berjaya membuahkan hasil yang memuaskan dengan sejumlah 277 projek dimeterai.

Dalam sidang media pada Ahad dilaporkan bahawa ekspo kali ini yang diadakan secara hibrid telah disertai lebih 10 juta pengunjung dan pembeli profesional secara dalam talian.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Zhao Yongqing berkata, ekspo kali ini juga telah mewujudkan beberapa forum dan pameran yang bertujuan untuk membina platform kerjasama kepada pelbagai syarikat khususnya terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Katanya, ia adalah termasuk Forum Kemuncak Kerjasama Tenaga China-Arab, Forum Sumber Air, Bahan Baharu Tenaga Bersih, Pameran Ekonomi Digital, dan Pameran E-Dagang Rentas Sempadan.

Dalam pada itu, terdapat sejumlah 239 syarikat terlibat dalam pameran fizikal yang seluas 12 ribu meter persegi itu.

Sementara itu, daripada lebih 1,000 syarikat yang menyertai pameran dalam talian, terdapat 38 syarikat yang disenaraikan dalam 500 syarikat terhebat di dunia, termasuk Huawei dan JD.

Selain itu, dimaklumkan bahawa Kumpulan Gezhouba China, Syarikat Pengurusan Taman Perindustrian Zhongshataida Tianjin masing-masing menandatangani projek kerjasama dengan Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), dan Iraq dalam projek 5G, kecerdasan buatan (AI), penerbangan dan angkasa lepas, sekali gus memperluas kerjasama China dengan negara-negara Arab.

Ekspo China-Arab ke-5 dirasmikan di Yinchuan, wilayah Ningxia China pada 19 Ogos dan berakhir pada 22 Ogos.

胡星