Kestabilan Ekonomi Negara, Asas Pembangunan HK

2021-08-23 14:50:48  CRI
Share with:

Pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan pembangunan ke arah bermutu tinggi di negeri China memberikan asas dan sokongan kukuh terhadap kemakmuran dan pembangunan di Hong Kong, kata Setiausaha Kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Paul Chan Mo-po.

Dalam catatannya menerusi blog pada Ahad, beliau berkata Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-14 (FYP-14) telah menetapkan untuk memberi sokongan terhadap pembangunan Hong Kong.

Jelasnya, dengan sokongan yang akan disalurkan ke dalam pelbagai bidang termasuk menjadikan ia sebagai hab perniagaan RMB luar pesisir itu sekali gus menyediakan peluang tanpa batasan.

Menurut Paul Chan, ia ditambah lagi dengan kemampuan berkapasiti gergasi yang dimiliki China termasuk pembangunan inovasi, sains dan teknologi serta pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, menerokai lebih banyak ruang pasaran dan permintaan kepada firma dan komoditi serta pelbagai jenis peluang perkembangan komersial dan jenama.

Pada masa sama, Paul Chan menegaskan bahawa pembangunan sosioekonomi Hong Kong berkait rapat dengan pembangunan dan permintaan dari Tanah Besar China.

Berpandukan FYP-14 juga, difahamkan Hong Kong akan turut disokong untuk menjadi pusat pentadbiran aset dan pusat pentadbiran risiko antarabangsa, sekali gus menetapkan pelan pembangunan serta menyediakan pasaran dan peluang tempatan.

"FYP-14 telah menggariskan hala tuju pembangunan Hong Kong untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Ini menetapkan perjalanan yang jelas bagi pembangunan inovasi sains dan teknologi, kewangan, undang-undang serta sektor yang lain di wilayah ini," ujar Paul Chan.

徐国玮