China Komited Perincikan Kerjasama Antarabangsa Dalam Bidang Ekonomi Digital

2021-08-23 13:42:15  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping berkata, China komited memperincikan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi digital.

Presiden Xi berkata demikian dalam surat tahniah kepada Forum China-Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mengenai Industri Ekonomi Digital dan Ekspo Smart China 2021 (SCE 2021) yang diadakan di bandar Chongqing, China semalam.

Presiden Xi berkata, dunia kini memasuki tempoh perkembangan ekonomi digital yang pesat, teknologi baharu yang meliputi 5G, kecerdasan buatan dan bandar pintar serta format dan platform baharu memberi impak besar terhadap inovasi sains dan teknologi, penstrukturan semula industri dan pembangunan sosioekonomi sejagat.

Sementara itu, China menggalakkan perindustrian teknologi digital dan pendigitalan industri agar teknologi digital bersebati dengan pembangunan sosioekonomi.

Xi menegaskan, sempena menyambut ulang tahun ke-20 SCO, China bersedia bersama dengan anggota SCO untuk menyemarakkan “semangat Shanghai”, mendorong pembangunan sosioekonomi dengan menggunakan teknologi digital, internet dan kepintaran bagi membentuk paradigma kerjasama baharu.

吕清