Taliban Bincang Bentuk Kerajaan Baharu Afghanistan

2021-08-23 11:50:27  CRI
Share with:

Jurucakap Tablian di Afghanistan, Zabihullah Mujahid menyatakan semalam waktu tempatan bahawa pihaknya bersama dengan sesetengah pemimpin politik Afghanistan sedang mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan baharu, dan hasil perbincangan mungkin diumumkan tidak lama kemudian.

Pada hari yang sama, beberapa pemimpin politik negara itu menyatakan bahawa walaupun sudah bertemu dengan pemimpin Taliban, namun butiran mengenai pembentukan kerajaan baharu masih belum dibincangkan secara mendalam. Serentak itu, masih terdapat sesetengah pemimpin politik mengkritik perbincangan tersebut kurang meluas dan kurang inklusif.

Seminggu sudah berlalu sejak Taliban mengawal Kabul, ibu negara Afghanistan, dan isu pembentukan kerajaan baharu sudah menjadi tumpuan pelbagai pihak.

曹捷