SCE 2021: Bersama Kembangkan Ekonomi Digital

2021-08-24 15:15:54  CRI
Share with:

SCE 2021: Bersama Kembangkan Ekonomi Digital_fororder_微信图片_20210824151110

Bertemakan "Kepintaran: Memperkasa Ekonomi, Menambah Warna untuk Hidup", Ekspo Kepintaran China (SCE) 2021 membuka tirainya di bandar Chongqing pada Isnin.

Disertai lebih 600 firma secara dalam dan luar talian yang ingin mempamerkan hasil terbaharu mereka dalam industri kepintaran, SCE 2021 akan memfokuskan perkembangan terkini Internet perindustrian.

Menurut pihak penganjur, beberapa forum khusus akan turut diadakan termasuk forum integrasi internet perindustrian, serta forum internet perindustrian dan pembuatan pintar.

Pada kali ini, antara yang disediakan pihak penganjur adalah termasuk ruang pameran internet perindustrian seluas 20 ribu meter persegi, 60 ruang penghayatan dan 130 projek penghayatan, yang memperlihatkan peranan panduan kepintaran dalam kehidupan berkualiti tinggi.

SCE yang telah diadakan di Chongqing sebanyak tiga kali sebelum ini menyaksikan sebanyak 187 projek bernilai RMB591.3 bilion (RM369.5 bilion) berjaya dimeterai dengan lebih 60 peratus projek telah mula dilakasanakan.

Ketua Setiausaha Platform Ekonomi dan Perdagangan Multifungsi Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Hu Kaiqiang berkata, perkembangan sains dan teknologi digital berjaya membuka laluan ekonomi dan perdagangan.

Menurutnya, pada masa sama ia juga mendorong dalam peningkatan dan kenaiktarafan pembangunan ekonomi negara-negara SCO.

徐国玮