Slogan CABIS Ke-18 Diumumkan

2021-08-24 13:24:30  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) ke-18 bakal diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 10 dan 11 September yang akan datang. Baru-baru ini, pihak penganjur CABIS telah menetapkan slogannya, iaitu “hasil cemerlang kerjasama 30 tahun, buka lembaran baharu sempena sidang kemuncak ke-18”, di samping mengumumkan tiga sub-slogan, iaitu “mencari peluang kerjasama baharu, mencerahkan masa depan kerjasama baharu”, “bersama membina saluran baharu darat-laut, berkongsi wahana baharu sidang kemuncak”, “himpunkan usahawan bijaksana demi masa depan yang cerah”.

Dimaklumkan bahawa CABIS ke-18 yang bertemakan “berkongsi saluran baharu darat-laut serta peluang baharu, membina komuniti berkongsi nasib sesama China-ASEAN”, diadakan serentak dengan Ekspo China-ASEAN, dengan merangkumi 3 jadual utama yang termasuk dialog meja bulat antara pemimpin negara Laos dengan CEO syarikat China, Forum Pemimpin Usahawan China-ASEAN yang juga sebagai mesyuarat khas menyambut ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN, dan Seminar Kerjasama Undang-undang Urusan Perniagaan China-ASEAN.

张宪