Jangan Melihat Lagi China sebagai 'Musuh Khayalan'

2021-08-24 14:42:51  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) seharusnya menghentikan lakuan yang melibat China sebagai 'musuh khayalan', menghentikan tindakan yang memburukkan nama China dan menenkankan China melalui dalih ciptaan, dan menghentikan gangguan terhadap interaksi dan kerjasama yang normal kedua-dua pihak dalam bidang sains, teknologi dan sosiobudaya. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, terdapat lebih 20 kumpulan keturunan Asia di AS bersama-sama mengutus surat kepada Presiden AS, Joe Biden pada 19 Ogos lalu yang mendakwa “pelan tindakan China” yang sedang dilaksanakan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) atas nama menyiasat dan mendakwa lakuan pengintipan ekonomi dan pencurian komersial sebenarnya mengakibatkan imigran keturunan Asia terutamanya saintis keturunan Cina terkena diskriminasi, pemantauan dan pendakwaan yang tidak adil, dan semua ini perlu dihentikan.  

Sehubungan hal ini, Wang menyatakan bahawa media AS pernah membuat laporan tentang modus operandi 'menetapkan sasaran terlebih dahulu, barulah memulakan siasatan' yang terkandung dalam pelan tersebut. Tidak syak lagi, banyak kes yang palsu dan salah pasti akan muncul dalam pelaksanaan modus operandi seumpama itu. Terdapat fakta yang membuktikan bahawa pelan tersebut yang dikeluarkan kerajaan AS penggal lalu sebenarnya dijadikan alat segelintir politikus anti-China untuk mengekang China. Ini bukan sahaja telah menjejaskan serius hubungan China-AS dan juga memburukkan lagi gejala diskriminasi perkauman, dan amat menjejaskan kepentingan golongan keturunan Asia di negara itu. AS patutlah mengambil tindakan yang sebenar untuk membetulkan kesalahannya.

曹捷