AS Disaran Terima Siasatan Luar Terhadap Makmalnya

2021-08-24 14:14:35  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) berulang kali memfitnah China dengan apa yang disebut 'koronavirus baharu adalah kebocoran daripada makmal', namun terus enggan menerima siasatan luar terhadap makmal di negara sendiri.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam.

Menyentuh tentang makmal biologi di Universiti Carolina Utara dan profesornya Ralph Barrick yang bergelar "pemburu koronavirus", terutamanya kemahiran hebat yang dikuasai Barrick dalam membuat koronavirus, catatan keselamatan buruk makmal terbabit, dan kaitan rapat antara Barrick dengan Fort Detrick, Wang berkata, AS adalah penyelidik terawal dalam pengajian virus rekombinan, sekaligus penaja dan pelaksana terbesar dalam penyelidikan koronavirus di arena antarabangsa. Profesor Barrick telah memulakan pengajian berkenaan seawal tahun 1990, dan pasukannya berkemahiran tinggi dalam membuat dan mengubahsuai koronavirus. Apabila diwawancara Stesen Televisyen Kebangsaan Itali pada September lalu, Barrick pernah mengakui "boleh mengubahsuai virus tanpa meninggalkan jejak". Sebenarnya, sekiranya siasatan terhadap pasukan Barrick dan makmalnya dijalankan, kita boleh terus mendapat jawapan tentang sama ada pengajian terbabit melahirkan koronavirus baharu atau tidak.

Bagaimanapun, AS sengaja mereka-reka muslihat untuk 'membuktikan' bahawa COVID-19 terbocor dari Wuhan, walaupun kesimpulan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diperoleh setelah dua kali kunjungan mereka ke Wuhan berbunyi bahawa virus terbabit sangat tidak berkemungkinan terbocor dari makmal di Wuhan. Jadi, bilakah AS boleh mengundang pakar WHO meninjau ke Universiti Carolina Utara dan Fort Detrick? Janganlah yang maling berteriak maling, terima saja siasatan luar terhadap makmal di negara sendiri.

高蕾