Propaganda "Virus Terbocor dari Makmal" Bermotifkan Politik

2021-08-24 14:35:00  CRI
Share with:

Pandemik COVID-19 berpunca dari limpahan virus di tempat habitat haiwan yang terjejas akibat kegiatan manusia, tak kira apa pun yang akan didedahkan dalam laporan yang diserahkan badan perisikan Amerika Syarikat (AS) minggu ini. Bagaimanapun rumusan sains terbabit tidak sesuai untuk menjamu selera kelompok politikus yang tertentu.

Demikian dinyatakan Harian The Guardian Britain semalam, sebelum tamat tempoh had masa 90 hari yang ditetapkan kerajaan AS kepada badan perisikan untuk menjelaskan asal usul COVID-19 melalui siasatan.

Dimaklumkan, ahli sains masih belum dapat mencari perumah pengantara yang membawa koronavirus baharu dari perumah awal ke umat manusia. Inilah salah satu alasan yang selalu digunakan oleh kelompok penghasut "virus terbocor dari makmal".

Dimaklumkan lagi, kehilangan kepelbagaian biologi, penebangan pokok dan pemerdagangan haiwan liar dipercayai menambah risiko kepada limpahan virus secara sendirian. Kesemua ini barulah faktor-faktor yang membahayakan keselamatan manusia yang berpotensi menimbulkan suatu pandemik.

高蕾