Vaksin bantuan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China tiba di lapangan terbang antarabangsa Noi Bai, Hanoi Vietnam pagi Isnin.
Menurut Naib Menteri Pertahanan Vietnam, Hoang Xuan Chien, ia merupakan kumpulan pertama bantuan vaksin tentera asing yang diterima oleh tentera Vietnam.
Jelas beliau, dengan situasi wabak yang kian meruncing di Vietnam dan kekurangan bekalan vaksin, bantuan tentera China tersebut amat membantu untuk menyelesaikan keperluan di negaranya, selain memanifestasikan hubungan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara Vietnam dan China.
Hoang berkata, pihaknya bersedia memperkukuh kerjasama dengan China dalam melawan wabak demi menyumbang kepada penjagaan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi kedua-dua negara.