China Gesa AS Umumkan Data Kes COVID-19 Peringkat Awal di Negara Itu

2021-08-25 14:49:54  CRI
Share with:

China menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan lakuan mengambinghitamkan negara ini, mengumumkan dan memeriksa secepat mungkin data yang terkumpul dari kes COVID-19 peringkat awal, dan mengundang pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke negaranya untuk menjalankan penyelidikan mengesan asal usul COVID-19 dengan secepat mungkin agar memberikan jawapan yang saintifik dan adil kepada masyarakat antarabangsa dan rakyat AS. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Menurut laporan Mercury News, kes kematian ekoran jangkitan COVID-19 yang pertama berkemungkinan berlaku pada Januari 2020, lebih awal daripada tarikh yang diumumkan pihak berkuasa AS.

Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa pihaknya sudah mengambil tahu berita tersebut, dan turut menyenaraikan beberapa lagi berita yang menunjukkan wabak COVID-19 tercetus di AS pada tarikh yang semakin awal.

Menurut Wang, akhbar The Palm Beach Post dan The Miami Herald pernah mendedahkan bahawa laman sesawang jabatan kesihatan Florida pernah menyiarkan data seramai 171 orang yang dilaporkan mempunyai simptom COVID-19 atau positif hasil ujian virus COVID-19 yang berlaku pada Januari dan Februari tahun 2020, namun data itu dibatalkan pada masa tertentu tanpa diketahui apa sebabnya. Selain itu, penyelidik Pusat Kawalan Penyakit AS pernah menyiarkan laporan dalamClinical Infectious DiseasesAS pada November tahun 2020, yang menyatakan bahawa antara 7,389 sampel darah yang diambil mereka pada 13 Disember 2019 hingga 17 Januari 2020, terdapat 106 buah dikesan antibodi koronavirus. Menurut laporan berkenaan, program penyelidikan asal usul virus itu kemudian dihentikan menurut arahan pegawai kanan kerajaan AS, dan banyak sampel darah turut dilekatkan.     

曹捷