China Bakal Kuat Kuasa Peraturan Baharu Lindungi Prasarana Maklumat Penting

2021-08-25 15:34:11  CRI
Share with:

China bakal menguatkuasakan peraturan baharu mengenai perlindungan prasarana maklumat penting bertujuan memelihara keselamatan siber, menurut Jabatan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC).

Naib pengarahnya, Sheng Ronghua berkata, peraturan yang bakal berkuatkuasa bermula 1 September itu tidak menyasarkan perdagangan asing atau firma yang akan disenaraikan dalam bursa saham luar negara.

Dalam sesi taklimat Dewan Negara pada Selasa, beliau turut menyifatkan prasarana maklumat penting sebagai nadi kepada operasi sosioekonomi.

Katanya, CAC menyokong syarikat pengendali internet dan maklumat berkembang melalui pembiayaan mengikut undang-undang dan peraturan berkenaan.

"Semua syarikat, tidak kira sama ada disenaraikan di bursa saham dalam atau luar negara, mesti mematuhi dua syarat.

"Pertama, mereka perlu mematuhi undang-undang serta peraturan negara, dan keduanya adalah menjamin keselamatan siber negara, prasarana maklumat penting dan maklumat peribadi," ujar Sheng.

Peraturan tersebut mengandungi 51 perkara dan melibatkan enam aspek, antaranya menetapkan lingkungan prasarana maklumat penting, mekanisme penyeliaan dan pengurusan, serta tanggungjawab dan kewajipan pengelola.

徐国玮