Rangkaian Pengangkutan Bersepadu China Makin Lengkap

2021-08-25 15:30:47  CRI
Share with:

Jumlah jarak lebuh raya di China mendahului negara-negara lain dengan rekod 5.19 juta kilometer setakat 2020 dan 161 ribu kilometer daripadanya merupakan lebuh raya ekspres.

Dalam sidang taklimat Dewan Negara pada Selasa, Menteri Pengangkutan Li Xiaopeng berkata, kadar liputan lebuh raya ekspres di bandar berpopulasi lebih 200 ribu orang sudah melebihi 98 peratus.

Rangkaian pengangkutan tiga dimensi bersepadu China membabitkan landasan kereta api, lebuh raya serta pengangkutan kapal dan penerbangan awam kini semakin sempurna.

"Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) telah meliputi lebih 95 peratus bandar yang berpopulasi lebih sejuta orang, manakala 92 peratus bandar peringkat wilayah memiliki kemudahan lapangan terbang awam," ujar Li.

Menurut statistik yang dikeluarkan, jumlah jarak landasan kereta api di seluruh China mencatat 146 ribu kilometer setakat penghujung 2020, dan 38 ribu kilometer daripadanya adalah untuk operasi HSR.

Selain itu, antara 10 pelabuhan antarabangsa dengan daya pengendalian kargo dan kontena paling tinggi di dunia, China masing-masing mempunyai lapan dan tujuh pelabuhan yang tersenarai.

China juga mempunyai perkhidmatan pengangkutan laut berskala terbesar yang mengendalikan kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan kargo perdagangan luarnya.

胡星